Sunday, February 6, 2011

LIVERPOOL VS chelshit

Match of the season.Pertemuan yang aku tunggu-tunggu selepas si mat jambu(Torres) berpindah ke chelshit.Hahahahahahahhahahahaahahahahhhahaha....kt bawah ni analisis yang aku buat sendiri la...

Luis Suarez vs John Terry
Mungkin sukar buat penyerang baru Liverpool, Luis Suarez nak menjaringkan gol malam ni.Suarez baru nak menyesuaikan diri dengan BPL.Terry pula dah lama main kt BPL.Bonus buat Terry sebab main kat gelanggang sendiri.Tapi tak mustahil buat Suarez nak mengkucar-kacirkan pertahanan Chelshit. Sebabnya aku tengok game pertama Suarez lawan Stoke hari tu, dia macam boleh menyesuaikan diri dengan cepat.Belum masuk training lagi tu.Match malam ni Suarez dh masuk kem training Liverpool dah. Good Luck Suarez.

Steven Gerrard vs Frank Lampard
Dua pemain ini adalah nadi posisi tengah England. Musim ni kedua-dua pemain ni tak perform sangat le bagi aku. Gerrard macam dah hilang sentuhan.Tapi sejak Kenny Dalglish ambil alih, persembahan Gerrard makin meningkat. Lampard pula dihantui kecederaan musim ni.Aku tengok dia macam tengah cari rentak dia sebelum ni. Aku rasa persembahan kedua-dua pemain ni seimbang malam ni.

Raul Meireless vs Michael Essien
Essien terkenal dengan cara permainan yang agak keras.Boleh menjaringkan gol dari jarak jauh.Meireless pula mampunyai stail permainan yang berbeza dengan Essien.Meireless lebis suka menyimpan bola di kaki dan membuat larian-larian yang merbahaya.Berkebolehan membuat 'volley' yang boleh menjaringkan gol.

Daniel Agger vs Fernando Torres
Mat Jambu(Torres) mungkin diturunkan malam ni.Tapi aku rasa defender Liverpool akan 'marking' dia habis-habisan sebab geram dengan keputusannya untuk keluar dari Liverpool. Daniel Agger pula beraksi konsisten selepas kembali dari kecederaan.

Jangkaan aku malam ni :
Liverpool 1-1 Chelshit
p/s: seri pun keputusan yang bagus untuk Liverpool.Tapi kalau leh menang lagi bagus

YOU'LL NEVER WALK ALONE !!!!!!

Saturday, January 22, 2011

The season just started

Congrats and well done Liverpool.Semalam baru first time aku confident tengok match Liverpool.Kenny Dalglish memang orang yang sesuai untuk tugas pengurus Liverpool.Kembalikan zaman kegemilangan Liverpool.Roy Hodgson memang banyak pengalaman.Tapi aku rasa dia tak mampu nak handle team elit macam Liverpool.Ucapan tahniah untuk Raul Meireless kerana berjaya menjalankan tugas penting untuk kemenangan semalam.tak perlu la risau lagi selepas ni kalau Gerrard dah bersara.Torres pun dah menemui sentuhan pemusnah dia sekarang.Harap lepas ni dia akan terus menjaringkan gol untuk Liverpool.Dan aku harap musim perpindahan pemain untuk Januari ni Liverpool akan beli player yang bertaraf bintang.Harap-harap la Luis Suarez dapat bergandingan dengan Torres.Come on Liverpool.Target untuk musim ni untuk kembali ke Top 4.You'll Never Walk Alone.....